Raja Ilya tak kisah lakonkan babak ghairah..

Pada: Khamis, 15 September 2016
Pelakon Raja Ilya telah menerima tempias apabila filem lakonannya Luqman yang bakal menjengah pawagam tidak lama lagi, dikatakan mengeksploitasi wataknya dengan babak ghairah untuk menarik perhatian penonton.

Filem tersebut merupakan sentuhan pengarah terkenal Dr Mahadi J Murat dan Raja Ilya melakonkan watak sebagai penari jelita bernama Ayu Kencana.

Melalui Harian Metro, Raja Ilya berkata dia tidak menganggap dirinya dipergunakan atau dieksploitasi melalui watak ghairah itu.
“Setiap kali ada babak mencabar sebegini, pengarah pasti mempunyai sebab tersendiri untuk kepentingan jalan cerita.

Sebagai pelakon, adalah menjadi tanggungjawab saya merealisasikan babak ini. Saya tidak akan melakonkan jika ia bukan kehendak skrip dan naratif”

“Filem ini berbeza daripada karya komersial sedia ada. Terpulang kepada penonton untuk mentafsirkannya. Babak ghairah ada kepentingan untuk menghidupkan lagi jalan cerita,” katanya.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..