Mira Filzah digelar wanita 'gedik' sebab video ini.. (video)

Pada: Rabu, 21 September 2016
Baru-baru ini ada satu video yang di kecam seolah-olah mempermainkan dan merendahkan martabat akhlak wanita bertudung. Video yang dikatakan menari sambil meniru lagu hindustan itu dilakukan sendiri oleh Mira Filzah dan mendapat banyak kecaman dan digelar wanita 'gedik' kerana personalitinya yang bertudung.

Namun bagi Mira, perkara itu tidaklah salah dan ianya bukan yang jauh menyimpang dari norma-norma kehidupan wanita bertudung.

video
"Saya memang minat lagu-lagu Hindustan sejak kecil lagi, keluarga saya tahu tentang itu. Cuma pada pandangan netizen ia tidak sesuai kerana saya bertudung.

"Selagi saya rasa ia tidak keterlaluan dan saya tahu batasnya tiada masalah,

"Saya cukup berhati-hati untuk berkongsi sesuatu di laman sosial kerana saya tidak mahu ibu saya rasa sedih. Saya tidak mahu keluarga terkena tempiasnya.

"Kalau mereka kritik tentang saya tidak mengapa kerana saya sudah biasa dan tahu tentang industri," ujarnya kepada mStar Online.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..