Mia Ahmad tidak setuju Uqasha buka tudung tapi...

Pada: Khamis, 22 September 2016
Hanya satu-satunya kawan Uqasha Senrose yang tidak setuju dengan keputusan yang dibuat Uqasha untuk tidak bertudung, iaitu Mia Ahmad.

Namun walaupun tidak setuju, tapi Mia tetap memberikan sokongan moral terhadap kawannya itu yang menerima kritikan pelbagai pihak.


Selepas isu buka tudung, saya juga ada menghubungi Uqasha. Sejujurnya, saya tidak menyokong apa yang dia buat. Cuma sebagai seorang rakan, saya mahu dia kuat, terutama apabila berhadapan dengan komen-komen segelintir peminat yang ‘maha dahsyat’ pedihnya.

Kita manusia biasa. Masing-masing ada buat silap. Seperti Fathia Latiff dan Elfira Loy, kami bersependapat yang semoga Uqasha dapat menempuhi hari-hari mendatang dengan baik. Mana tahu, dengan kata-kata nasihat dia akan fikir mana yang lebih baik. " kata Mia memetik Utusan Online

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..