Mia Ahmad dedah sebab tidak hadir ke perkahwinan Shaharul

Pada: Ahad, 25 September 2016
Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad dulu pernah bercinta namun hubungan mereka terputus di tengah jalan. Kini Saharul Ridzwan sudah pun bergelar suami kepada Deena Emir. Perkahwinan mereka telah pun berlangsung minggu lalu.

Namun Mia Ahmad tidak kelihatan pada hari bermakna Saharul itu. Dengar khabar Mia tidak diundang ke majlis berkenaan.
Saya tidak mahu orang lain fikir bukan-bukan. Sampai ada antara komen (dalam laman sosial) yang saya rasa patut ditujukan kepada pengantin lelaki saja. Memang saya tidak dijemput malah saya tidak kisah pun. Kalau tiada jemputan, macam mana kita hendak hadir?

Inilah jawapan paling tepat untuk merungkai persoalan sinis netizen yang bertanya kenapa saya tidak pergi ke majlis kahwinnya. Kemudian timbul pula perbandingan mengapa pelakon lain ada, saya tiada.

Siap mendakwa kalau sudah kata kawan baik mengapa kenapa tidak hadiri majlis itu. Komen lain pula berbunyi, kata profesional, kenapa mengelak? Mulalah ‘naik’ pula nama Mira Filzah yang tidak pernah berlakon dengan Saharul pun nampak kelibat.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..