Mia Ahmad akhrnya bercinta dengan pemain JDT iaitu....

Pada: Rabu, 21 September 2016
Akhirnya Mia Ahmad mengakui yang dia kini menjalinkan hubungan istimewa dengan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan melalui sisipan Kosmo!. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas oleh Mia sendiri secara langsung melalui kenyataannya di sisipan berkenan, namun ada yang sudah menyangka bibit-bibit percintaan mereka apabila Izham membuat kejutan hari jadi istimewa buat Mia baru-baru ini.


"Dia memang lelaki yang paling rapat dalam hidup setakat ini. Sebenarnya saya tidak begitu memilih, cukuplah jika memahami kerjaya dan setakat ini dia cukup menyenangkan.

Belum ada perbincangan untuk mendirikan rumah tangga, tambahan pula karier masih di peringkat permulaan kerana saya bermula agak lambat dalam bidang ini. Justeru, saya perlu memastikan segala-galanya telah stabil sebelum boleh memikirkan soal itu.

Pada mulanya, memang takut dengan perbezaan usia memandangkan saya berusia tiga tahun lebih tua daripadanya, namun apabila berbicara dengannya, saya tidak berasa sedang berbual dengan insan yang lebih muda. Kami juga tidak pernah merajuk kerana baru mengenali antara satu sama lain.

Keluarga tahu hubungan kami, tetapi masih belum ada sebarang pertemuan rasmi. Keluar pun beramai-ramai bersama kawan bagi mengelak sebarang syak wasangka masyarakat." -Mia Ahmad

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..