Kasihan Nabil Ahmad...

Pada: Khamis, 22 September 2016
Pelawak, Nabil Ahmad dikhabarkan telah menimpa satu musibah dimana dia telah kehilangan 1.2 juta pengikut di Instagram miliknya semalam. Akaun Instagram berkenaan juga merupakan pengongsian bersama isteri beliau, Nazirah Ayub atau Zira.

Nabil, berkata keadaan itu memberikan tekanan memandangkan akaun berkenaan bukan saja merakamkan detik indah perkembangan dua anak mereka malah turut berfungsi sebagai medium menjana pendapatan.


"Zira yang menyedari akaun kami digodam apabila tidak dapat memasukkan kata laluan Instagram, semalam. Apabila dia cuba untuk memasukkan kata laluan baharu, emel yang diterima bukan emel sebenar kami.

"Sudah pasti keadaan ini menyukarkan tugasan harian termasuk komitmen terhadap urus niaga dengan pelanggan serta pengiklan. Sebagai langkah lanjut, saya membuka akaun baharu dengan nama @Nabilzira.

"Tidak sangka dalam saya mengambil langkah berjaga-jaga selepas mengetahui beberapa rakan selebriti sebelum ini pernah menjadi mangsa godam, akhirnya terkena jua," katanya kepada BH Online.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..