Haziq AF4 selamat timang anak lelaki, TAPI...

Pada: Selasa, 13 September 2016
Isteri kepada penyanyi Haziq Rosebi iaitu Maisarah Mohd Sidki selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.87 kilogram pada pukul 12.49 pagi, Isnin semalam bersempena Hari Raya Aidiladha/Haji/Kurban 2016.
"Welcome to the world my son...Tidak dijangka hendak keluar awal, sepatutnya 23 haribulan ini.

"Tetapi ini perancangan Allah yang tiada siapa tahu," katanya.
Dalam pada itu, Haziq turut melahirkan rasa syukur bayi pertamanya itu dilahirkan pada Hari Raya Aidiladha dan menganggap ia sebagai hadiah buat mereka suami-isteri.


"Alhamdulillah ngam-ngam (cukup-cukup) raya Aidiladha dia dilahirkan pada pukul 12.49 pagi tadi.

"Mukanya ikut ibunya buat masa ini, syukur kepada Allah atas anugerah tidak ternilai ini," katanya lagi.
TAPI, Haziq masih belum memikirkan nama sesuai untuk anak lelakinya itu namun memberitahu nama itu nanti bakal berkaitan dengan sambutan Aidiladha.
"Nama kena diperbetulkan kembali sebab alang-alang Hari Raya Aidiladha nama kena ada berkait sikit," katanya.
Haziq dan Maisarah berkahwin pada September tahun lalu. -mStarOnline

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..