Fasha Sandha luah perasaan sejak jadi ibu tunggal..

Pada: Isnin, 26 September 2016
Fasha Sandha tidak pernah merasakan kehidupan ibu tunggal sebagai satu bebanan atau dugaan yang terlalu berat seperti dibayangkannya sebelum ini.

Fasha yang kini berusia 32 tahun, sentiasa berpegang kepada agama selain yakin segala kejadian yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya.

"Sebenarnya dugaan sebagai seorang ibu tunggal tidak seperti yang orang lain fikirkan kerana jika kita berpegang kepada ajaran agama dan yakin semua yang berlaku ada hikmah, Insya-Allah akan rasa tenang.

"Apa yang paling penting kena teruskan kehidupan dan sentiasa positif,

"Saya perlu kuat kerana jika saya lemah mungkin saya senang ditindas tetapi Alhamdulillah Allah berikan saya dua kekuatan iaitu anak-anak saya.

"Terharu juga saya kerana mereka disayangi oleh ramai orang malah mereka rapat dan manja dengan bekas suami walaupun kami tidak lagi bersama" katanya kepada mStar Online.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..