Fahrin selamat timang anak sulung (4 gambar)

Pada: Jumaat, 30 September 2016
Isteri pelakon Fahrin Ahmad iaitu Elena Hani Eleas, 38, selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Damansara.

Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan pada jam 4.15 petang. Isterinya yang bersalin secara normal itu kini berada dalam keadaan baik.


"Alhamdulillah syukur di atas kurniaan ini lebih-lebih lagi anak sulung kami ini berkongsi tarikh lahir dengan isteri. Saya juga bersyukur apabila semuanya berjalan dengan mudah, selamat dan lancar.

"Ini satu lagi pengalaman yang berharga dan tak dapat dilupakan bagi saya sebagai suami. Tambahan pula apabila menunggu dan melihat isteri melalui proses bersalin serta berada di sisinya," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Fahrin, dia juga diberi peluang oleh doktor untuk memotong tali pusat anaknya itu.

Pasangan ini berkahwin pada 9 Mei tahun lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby Mont Kiara.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..