Elak difitnah, ini yang Ruhainies lakukan..

Pada: Rabu, 7 September 2016
Ruhainies tidak pernah terkongkong apabila ditemani oleh ibu atau ahli keluarganya selepas dihimpit kontroversi kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Seri Adnan Abu.

Ruhainies berasa lebih selamat selain ia dapat mengelak daripada timbulnya fitnah seperti mana berlaku sebelum ini.
"Saya sebenarnya boleh menjaga diri sendiri tetapi sedar sebagai selebriti gerak-geri kita sentiasa diperhatikan oleh orang lain.

"Kehadiran ibu, ahli keluarga atau pun pembantu peribadi ke mana sahaja saya pergi sebenarnya membuatkan saya berasa lebih selamat tambah lagi dengan kejadian berlaku sebelum ini.

"Kerjaya saya banyak bertemu dengan orang dan jika ada teman ia boleh mengelakkan fitnah," katanya kepada mStar Online.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..