David Teo dedah dalang gambar bogel Atikah Suhaimie

Pada: Khamis, 22 September 2016
David Teo memberi amaran kepada dalang yang menyebar gambar-gambar bogel mirip pelakon Atikah Suhaime agar tidak lagi melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

David berkata, pihaknya mengetahui siapa individu berkenaan dan sudah pun mempunyai beberapa bukti yang boleh mendakwanya ke muka pengadilan.

"Saya beri amaran jangan keluarkan lagi apa-apa gambar yang boleh mencetuskan kontroversi, saya tahu anda siapa dan tidak lama lagi saya akan ambil tindakan.

"Sekarang saya sudah ada banyak bukti kukuh untuk mendakwa individu tersebut. Dia tidak akan terlepas,

"Dia hanya mangsa oleh seseorang yang ingin menjatuhkan kerjaya dan maruahnya sahaja. Dia sudah memohon maaf dengan ikhlas pada kontroversi lalu.

"Saya harap masyarakat tidak terus menerus menghukumnya seumur hidup, semua orang dalam dunia ini ada buat silap," ujarnya memetik mStarOnline.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..