Cat Farish meluahkan perasaan sedih selepas bercerai..

Pada: Ahad, 25 September 2016
Minggu lalu, Cat Farish telah memberitahu yang dia sudah bercerai dengan isterinya, Hartiny Ramly semenjak bulan April 2016 yang lalu lagi.

Namun Cat mengetahui tindakannya itu adalah sebaik-baik tindakan yang harus dilakukan. Dan kini Cat meluahkan kehidupannya setelah 5 bulan hidup bersendirian.
“Sungguh.. Rasanya lebih perit daripada ditinggalkan kekasih. Saya rasa kosong dan tidak tentu arah. Sampaikan saya menangis setiap masa. Saya ke kelab, layan muzik. Pada pandangan mata orang, kehadiran saya ke sana nampak tidak elok”

“Sedangkan ketika itu, hati saya kosong dan tak nampak apa-apa pun di sekeliling. Hanya termenung. Di rumah pula saya rasa sunyi. Sehinggakan masa tidur, saya terjaga, seolah-olah terdengar suara anak-anak,” Cat memetik BHarian Plus.
kadang kala Cat juga memeluk baju anaknya kerana terlalu rindukan mereka selain turut menghadapi kemurungan teruk. Bagaimanapun segalanya beransur pulih dan Cat kini sudah mampu meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..