Cat Farish dah bercerai Tetapi...

Pada: Selasa, 20 September 2016
Penyanyi dan pelakon, Cat Farish mengesahkan sudah bercerai dengan Hartiny Ramli selepas sembilan tahun berkahwin.

Cat berkata, keputusan itu dibuat atas perbincangan bersama dan mereka berpisah secara baik.

"Benar kami sudah bercerai...tetapi dengan cara yang baik," katanya ringkas menerusi mesej aplikasi WhatsApp.

Ruangan Bpop menceritakan dimana Cat sudah bercerai dengan Hartiny, April lalu. Hasil perkahwinan itu, Cat dan Hartiny dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 9, Eva Latheefa, 6 dan Qul Iskandar, 5.

Menurut laporan itu, rumah tangga pasangan terbabit sudah lima tahun bergolak sehingga dikatakan tidak lagi mempunyai persefahaman.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..