Berita mengejutkan dari Syamsul, Puteri Sarah

Pada: Khamis, 29 September 2016
Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof memetik portal Bharian mengesahkan isterinya, Puteri Sarah Liyana kini sedang berbadan dua atau hamil dengan usia kandungannya kini adalah 3 bulan.

"Begitupun, selepas melihat air muka mereka setiap hari, saya jadi tidak sampai hati. Kami juga mahu mereka gembira apabila mendengar berita ini.

"Kini, Sarah kerap mengalami muntah dan cepat penat. Saya turut menasihatinya agar banyak berehat dan tidak lagi perlu ke butiknya di Bangsar,"

"Jujurnya saya sangat gembira dan bersyukur menerima berita kehamilan isteri saya. Mungkin ramai yang tidak perasan, ketika berucap selepas menerima anugerah Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28, baru-baru ini, saya ada menyebut mengenai perkara ini.

"Ketika itu, kami baru saja mengetahui perihal kandungan berkenaan selepas disahkan oleh doktor pakar. Namun, saya memilih untuk merahsiakannya buat sementara waktu, sehingga kandungannya betul-betul kuat dan sihat," katanya.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..