Akibat langgar pantang, ini terjadi kepada Yana Samsudin

Pada: Khamis, 1 September 2016
Gara-gara melanggar pantang, Yana Samsudin memberitahu dia mengalami bentan ketika dalam proses berpantang selepas melahirkan anak sulungnya pada 21 Julai lalu.

Yana berkata, perkara tersebut terjadi selepas secara tidak sengaja dia melanggar pantang dengan memakan makanan sejuk yang tidak sesuai dengan ketahanan badannya.

"Saya ada lebih kurang seminggu lagi proses berpantang, sepanjang proses ini memang agak sukar juga kerana saya bersalin secara pembedahan dan sukar untuk bergerak akibat luka.

"Dua kali saya alami bentan dan demam mengejut serta menggigil seluruh badan akibat tersalah makan.

"Kali pertama saya rasa ia mungkin berpunca saya makan sayur bayam, walaupun ada membaca serba sedikit tentang pantang larang tapi ia bergantung kepada badan masing-masing juga," ujarnya kepada mStar Online

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..