Abby Abadi tegur pedas dengan Mas Idayu! PANAS..

Pada: Khamis, 29 September 2016
Beberapa hari lepas, Abby Abadi menerusi akaun Facebook miliknya bertindak untuk menegur seorang selebriti yang telah memeluk pelajar lelaki didalam program realiti Akademi Fantasia.

Ramai percaya bahawa teguran Abby itu ditujukan buat Mas Idayu dan ia mendapat perhatian orang ramai.


Apa ini? Apa ini? Maksiat besar-besaran depan mata, apa yang seronok sangat itu? Orang kena tangkap basah bukan main dihukum begitu begini, yang terang-terangan berzina sambil direcordkan? Berapa pasang mata yang menonton? Tak terkait dengan dosa pahalakah? Sampai bila nak di biarkan?

Sejujurnya saya dah lama tak tengok TV, Astro bertahun dah tak ada jadi saya tak tahu siapa yang di maksudkan dalam tulisan ini, agak-agak pun salah.

Saya cuma ada chanel biasa saja dekat rumah ini. Sebab dah lama tak ambil peduli pasal televisyen, pasal dunia hiburan ini semua. Punyalah tak ambil tahu, sampai nak buka TV pun tak reti dah.

Tapi ter tahu juga pasal artis-artis ini sebab tertengok-tengok juga di laman sosial dan sebagainya, kadang-kadang ada orang datang rumah kena buka tv sendiri, kalau pergi rumah orang, tv terbuka sepanjang masa, dekat kedai makan, dekat hotel, jadi bila tertengok layankan saja cuma tak fokuslah.

Berbalik pada apa yang ditulis di FB ini, saya pun rajin tulis berkaitan dunia hiburan sebelum ini sebab dalam drama, filem, aksi-aksi begini dah biasa sangat dah sebab saya pun buat dulu.

Sebagai seorang yang sudah berpengalaman didalam idustri hiburan, Abby percaya beliau sebagai seorang Muslim harus menegur mereka-mereka yang telah “lalai” dalam dunia hiburan.

Memang perlu ada teguran & dakwah kepada ‘industri hiburan’ supaya mereka ‘bangun dari lena yang panjang’ kerana banyak yang perlu diperbaiki. Jauh sangat dah perginya kawan-kawan saya dalam dunia itu bila ‘ISLAM’ langsung tidak disebut dalam kontrak kerja kami.

Saya berada dalam dunia itu berbelas tahun, pernah merasa apa itu ‘popular’ (walau tak popular mana pun) berlakon, menyanyi, melawak, apa lagi semua saya buat dah.

Tapi memang tiada siapa yang peduli. Nak peluk siapa pun boleh. Nak pegang tangan suami orang/isteri orang, tidur baring tiada siapa yang larang. Sekarang inilah baru nampak ramai yang bersuara untuk bagi kesedaran pada yang dah jauh sangat dari ALLAH itu. Syukur untuk itu.

Cumanya bila ada yang nak main peranan, usaha untuk jalankan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH ikut kemampuan masing-masing, ada pula yang berbunyi: “Gunakan saluran yang betul” “Jangan aibkan orang bla bla bla” Tegurlah dengan hikmah” katanya walhal dia sendiri pun tak buat apa-apa pun. Terang-terangan bermaksiat, tegur terang-terangan jugalah. Dimana silapnya?

Malaysia nak terbalik dah sahabat dengan rasuah, salah guna kuasa disetiap peringkat. Apa nak jadi dengan kita yang masih leka dengan hiburan 24jam seminggu ini? Tak takut mati ka?


Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..