Zila Seeron ditangkap khalwat, ini komen Along Cham..

Pada: Isnin, 15 Ogos 2016
Pelawak Along Cham meminta agar diberikan sedikit privasi ketika diminta mengulas tentang kejadian isterinya Zila Seeron dilaporkan dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada pagi Sabtu.

Along bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan.

"Saya perlukan privasi," ujarnya ringkas
.Terdahulu, akhbar melaporkan seorang penyanyi yang juga isteri kepada seorang pelakon dan pelawak ditahan disyaki berkhalwat di sebuah apartmen teman lelakinya di Bukit Jalil.

Wanita yang juga penyanyi berusia 28 tahun itu ditangkap berkhalwat oleh Jawi dan ditemui bersembunyi di belakang almari di dalam bilik.

Manakala seorang lelaki berusia 30-an yang juga suami orang berada di ruang tamu selepas pintu dipecahkan Jawi.

Ketika serbuan, penguatkuasa Jawi meminta pintu rumah dibuka sebelum seorang lelaki membuka pintu dan menutupnya semula.

Selepas 30 minit menunggu pintu dibuka dan tiada kerjasama daripada pemilik rumah, pintu terpaksa dipecahkan sebelum pemeriksaan dilakukan. -mStar

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..