Zarina An Joulie selamat melahirkan anak (gambar bayi)

Pada: Selasa, 23 Ogos 2016
Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie telah selamat melahirkan bayi sulung, bayi berkenaan difahamkan berjantina lelaki dan dilahirkan pada hari Jumaat lalu, 19 Ogos sekitar jam 8.30 pagi di salah sebuah hospital dekat Negara Brunei.

Berita gembira itu turut dikongsi menerusi laman Instagramnya selepas melalui kesakitan selama dua hari di hospital.

“Saya masih belum lagi memikirkan nama untuknya kerana sebelum ini saya menyangka akan dapat anak perempuan, rupa-rupanya bayi lelaki. Selepas dua hari melalui kesakitan bersalin, akhirnya saya dapat bertemu si ‘Awang’ kecil saya,” katanya kepada Harian Metro

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..