Yasmin Hani hamil anak ke-2, usia kandungannya....

Pada: Ahad, 21 Ogos 2016
Yasmin Hani yang kini sedang hamil anak kedua dengan usia kandungan sudah pun memasuki lima bulan. Menurut beliau, dengan usia anak lelaki pertamanya, Noah Ismail Wong yang kini berusia tiga tahun, mereka memang merancang untuk mendapatkan anak kedua dan nampaknya kini hasratnya tercapai.

“Alhamdulillah, impian kami untuk menambah zuriat pada tahun ini akhirnya tercapai juga. Kami memang merancang anak kedua ini kerana Noah pun sudah semakin membesar dan senang untuk dijaga. Doakan kami semoga segalanya berjalan dengan lancar”

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami alahan yang teruk seperti wanita lain. Bagi saya, apabila usia kandungan sudah mencecah empat bulan ke atas barulah saya bersedia untuk berkongsi. Lagipun saya tidak mahu sorok berita baik ini terlalu lama,” katanya kepada Harian Metro

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..