Tips Lisa Surihani yang kini turun 11kg, berbadan langsing

Pada: Isnin, 29 Ogos 2016
Baru-baru ini pelakon Lisa Surihani telah mengejutkan ramai peminat dengan penampilan terbaharunya yang sangat langsing dan tampak begitu sihat sekali.

Jika tempoh hari beratnya dikritik kerana semakin naik sejak melahirkan anak, kini Lisa boleh membuktikan dia mampu menurunkan bukan sedikit, malah 11 kg!

Berbanding berat sebelumnya iaitu 64 kg, kini Lisa mencapai berat badan baharu iaitu 53 kg sahaja! Memang wow!

Tak mahu lokek ilmu, isteri kepada Yusry KRU ini berkongsi petuanya mengamalkan gaya hidup sihat, seperti yang dipetik menerusi Astro Gempak:


1. Kawal Hidangan
“Kawal hidang bermaksud kita boleh makan apa yang kita nak makan, tetapi dalam hidangan yang sedikit. Sebagai contoh, dalam satu pinggan itu setengah daripadanya adalah sayur, suku daripadanya karbohidrat, suku lagi protein. Jadi saya masih boleh makan apa yang saya nak dan kita boleh belajar sejauh mana 'hunger level' kita. Kalau masih nak makan makanan yang kita suka tetapi tinggi kalori, ambillah dalam jumlah yang sedikit.


2. Makan buah sebelum makan
“Buah penting untuk di makan dalam makanan harian tetapi tips saya ialah, makanlah buah sebelum anda makan nasi. Budaya kita makan buah selepas makan nasi. Itu sebenarnya tidak betul.


3. Senaman
“Saya akui tidak pernah bersenam sebelum ini. Malah selepas berpantang saya hanya diet dan kawal pemakanan sahaja. Jadi penurunan berat badan saya tidak begitu ketara.

"Jadi saya nekad dan mula bersenam disamping mengamalkan pemakanan sihat. Saya terkejut kerana berat badan turun mendadak. Bila mula bersenam badan rasa 'sedap' dan tak tahu kenapa saya semakin seronok bersenam dan telah menjadikannya rutin.

"Sekarang saya dah tak kisah dengan berat tetapi masih bersenam kerana sudah jatuh cinta dengan aktiviti ini.



4. Air
“Apabila mengamalkan makan dengan jumlah hidangan yang sedikit, saya akui mudah berasa lapar. Tapi saya mendapat satu tips ini, iaitu untuk mengetahui kita benar-benar lapar atau tidak selepas makan, saya akan minum segelas air. Jika selepas minum masih berasa lapar, itu bermakna kita masih perlukan makanan lagi tetapi jika sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada hormone trick wanita sahaja.


5. Supplement
“Saya ambil supplement yang asas dan simple sahaja iaitu multivitamin dan B Complex kerana saya rasa badan kita memang memerlukannya.





Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..