Teruja dengan kecomelan Lara Alana, ini kemahuan Ella

Pada: Khamis, 18 Ogos 2016
Ella akan menjadi artis jemputan mengasuh anak selebriti popular, Lara Alana dalam program realiti baharu, Lara Oh Lara. Pelbagai keletah dan aksi si comel Lara dapat disaksikan apabila Ella mengambil alih tugas mengasuh Lara daripada ibu bapanya iaitu Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Suaminya, Azhar Huzaimi Ghazalli turut membantunya menjaga Lara.

"Saya suka sangat dengan Lara. Geram tak terhingga. Malah, saya tak ketinggalan menjadi pengikutnya di laman Instagram. Keletah dan sikapnya cukup memikat hati.

"Hati kalau risau pun akan okay selepas melihat Lara. Malah, ketika proses rakaman episod itu, saya sempat berseloroh nak bawa Lara pulang ke rumah," katanya.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..