Tabiat Stacy, Akim bila di dalam kereta yang korang tak tahu..

Pada: Jumaat, 12 Ogos 2016

Berikut antara tabiat Stacy dan Akim memetik portal MediaHiburan;

1. Karaoke

Jelas Stacy ketika ditemui baru-baru ini, perkara yang selalu mereka lakukan bersama ketika berada dalam kereta, mereka akan memasang dan mendengar radio sambil berkaraoke. Tambah pula, mereka menggunakan masa itu untuk berlatih menyanyi.

2. Stacy Suka Selfie Tapi Tak 'Upload'

Menariknya, vokalis kumpulan Akim & The Majistret pula berkata, isterinya kerap kali berselfie namun gambar-gambar yang diambil itu tidak ada satupun yang akan dimuat naik ke dalam laman sosialnya.

3. Komen Cara Pemanduan Pengguna Jalan Raya

Seterusnya, masing-masing mengakui mereka suka komen tentang cara pemanduan pengguna jalan raya yang adakalanya tidak serius dan ambil berat dengan cara pemanduan mereka. Wow nampaknya pasangan ini boleh jadi guru memandu untuk ambil lesenlah.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..