Soal bertudung.. Ini jawapan pedas Stacy

Pada: Isnin, 8 Ogos 2016
Sudah setahun Stacy bergelar isteri kepada Akim dan juga menjadi seorang mualaf. Namun ramai yang ingin mahu melihat Stacy memakai tudung disebabkan dia sudah bergelar saudara baru dalam Islam.

Ini jawapan Stacy..
“Keputusan ini diambil ekoran jadual kerja yang padat. Tambahan pula, Akim banyak beri tunjuk ajar kepada saya. Pendekatannnya lebih santai seperti mengajar kanak-kanak tentang agama. Dia tidak paksa sebaliknya beri banyak masa. Tak dinafikan bukan mudah untuk mendalami ilmu agama. Khususnya perkara berkaitan sebutan dalam bacaan ayat al-Quran”

“Tentang tudung pula, berilah saya masa. Saya tidak mahu tergesa-gesa dan berubah secara drastik. Biarlah perubahan itu berlaku seiring dengan keikhlasan dan kehendak diri sendiri dan bukan atas dasar kerana orang lain,” katanya kepada Projek MMO

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..