Siti Nordiana buat hal yang korang bakal terkejut?

Pada: Khamis, 11 Ogos 2016
Dengar-dengar yang penyanyi Siti Nordiana enggan meneruskan persembahan sebuah majlis pada saat-saat akhir kerana bayarannya dikatakan rendah.

Sumber ini memberitahu demikian kerana terkejut dengan sikap Nordiana kerana umum mengetahui luaran Nordiana sangat terbaik.


“Ada beberapa orang kuat industri dikatakan tidak berapa gemar dengan tindakan penyanyi itu yang suka membatalkan persembahan pada saat akhir. Penyanyi itu dikatakan suka membatalkan persembahan yang telah dijanjikan sekiranya mendapat bayaran yang lebih tinggi daripada penganjur majlis lain. Yang menjadi taruhan, reputasi penyanyi itu sendiri.

“Poklip dengar ada orang mula label Nana sebagai seorang penyanyi yang tidak profesional dan sering mungkir janji. Tapi sebenarnya, Poklip terkejut juga bila dengar cerita panas ini. Bukan apa, Siti Nordiana ini kalau jumpa di luar memang cukup merendah diri. Langsung tidak nampak riak wajah mata duitan,” kata sumber kepada Utusan Online menerusi ruangan Pok Lip.

Tag : , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..