Sharnaaz dedah kenapa dia panas baran dan melenting!

Pada: Jumaat, 5 Ogos 2016
Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui yang dirinya selalu memberikan komen pedas dan lantang dalam bersuara. Sikap barannya juga tidak lari daripada dirinya.

Ramai yang tidak suka dengan cara Sharnaaz ini, namun bagi Sharnaaz sendiri, ianya bukanlah untuk menyakiti mana-mana pihak tapi untuk proses mendidik dirinya dan juga pihak itu ke lebih terbaik lagi.

Bagi saya, biarlah apa sahaja orang mahu bercakap tentang diri saya. Hanya mereka yang betul-betul mengenali saya, akan tahu bagaimana hati budi saya.

Sikap (panas baran) saya jadi begitu hanya kerana mahu melindungi orang yang tersayang di sekeliling saya.
Tambah Sharnaaz, beliau mewarisi sikap panas barannya itu daripada datuk, ayah serta abangnya. Namun, Sharnaaz sebenarnya sentiasa mendidik diri dan berusaha untuk menjadi lelaki yang lebih sabar dan tidak mudah melenting. -SinarHarian

Tag : , , , , ,

1 Komen:

Norsafuan Narihan 18 November 2016 4:13 PTG

Dulu panas baran aku teruk. Aku pantang kalau orang carut2 kan aku tanpa sebab. Memang aku melenting kaki tangan naik lah. Sekarang baru aku tahu. Sikap panas baran ni boleh buat kita kehilangan orang yang tersayang. Contoh: Family or teman wanita dan kawan2. Kalau marah dengan satu hal kecil tu cubalah tenang kan diri. Membawa diri ke tempat yang lebih tenang. Banyakan zikir. Insyaallah

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..