Sebab popular ke Fattah, Sherry berpisah?

Pada: Jumaat, 19 Ogos 2016
Dengar khabar punca perpisahan diantara Fattah Amin dan Sherry Ibrahim adalah disebabkan nama Fattah kini semakin popular dan dia memutuskan hubungan cinta mereka disebabkan hal itu.

Ini komen Fattah terhadap dakwaan itu..


“Bukan sebab sudah jadi popular saya berpisah dengan dia. Spekulasi yang bertebaran ini tidak benar, mustahil saya sudah popular dan mahu berpisah dengan orang yang kita sayang. Saya harap sangat mereka di luar sana tidak meneruskan anggapan ini. Sebelum berpisah beberapa bulan lalu kami memang ada berbincang, tetapi menemui jalan buntu dan berpisah saja”

“Bagi saya penting untuk kami berdua simpan sahaja sebab sebenar kenapa kami berpisah. Sebab puncanya terlalu peribadi dan biarlah kami sahaja yang tahu. Sekarang ini saya tidak bermusuh dengan Sherry bagi saya dia masih seorang kawan. Saya berpisah dengan dia cara baik, malah kami tidak ada masalah besar pun,” katanya kepada Utusan Online

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..