Sam Nuha AF4 habiskan RM30k untuk ini sahaja..

Pada: Isnin, 22 Ogos 2016
Sam Nuha AF4 menghabiskan RM30,000 demi menghasilkan single terbaharunya yang berjudul Kau Menjauh yang bakal dilancarkan secara digital bermula 26 Ogos ini.

Tambah Nuha, walaupun terdapat beberapa halangan sebelum dapat melancarkan lagu tersebut dia puas demi memastikan karier seninya kembali rancak.

"Pembikinan lagu ini melalui onak duri dan pelbagai dugaan selain menggunakan wang sebanyak RM30,000 untuk memastikan Kau Menjauh dapat disiapkan.

"Berkata usaha dan kesungguhan ia akhirnya berbaloi dan single terbaharu itu bukti saya akan terus berjuang dan maju kehadapan demi memastikan karier seni saya kembali rancak,"

"Saya mahu buktikan saya bukan sekadar penyanyi segera tetapi saya juga mampu berdiri sendiri dan kembali menyinar dengan identiti tersendiri," katanya memetik mStarOnline.

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..