RM4000 untuk nafkah anak? tak masuk akal! -Awie

Pada: Selasa, 16 Ogos 2016
Penyanyi Awie enggan membayar nafkah terhadap dua anaknya sebanyak RM4,000 sebulan dan menganggap jumlah itu sebagai karut dan tidak masuk akal.

Awie atau Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, jumlah yang diputuskan oleh mahkamah itu sebagai tidak munasabah kerana pihak mahkamah tidak mengambil kira pendapatan keseluruhan yang diterimanya.
"Jumlah itu tak munasabah bagi saya kerana mahkamah hanya fikir pendapatan tetap saya dan tak fikir keseluruhan (pendapatan) saya,” katanya kepada mStar Online
Terdahulu, mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin mengarahkan Awie selaku defenden membayar nafkah kepada dua anaknya yang berada bawah penjagaan bekas isteri iaitu Rozana Misbun, 48, sebanyak RM4,000 sebulan berkuat kuasa serta-merta.

Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Che Saupi Che Husin.

Jumlah itu merangkumi makan-minum, pakaian, perubatan, pendidikan, kos perbelanjaan harian sekolah dan lain-lain keperluan iaitu sebanyak RM3,000 manakala kos tempat tinggal anak-anaknya itu pula sebanyak RM1,000.

Mahkamah turut memerintahkan agar Awie memasukkan wang berkenaan dalam akaun kanak-kanak tersebut yang di bawah penjagaan Rozana pada 5 hari bulan pada setiap bulan.

Bagi wang pada musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha, tiada jumlah ditetapkan oleh mahkamah dan terpulang kepada Awie.

Dalam pada itu Awie yang ditemani peguamnya Mohd Shafiq Norizan berkata, pihaknya akan memfailkan bantahan berhubung keputusan mahakmah rendah syariah itu.

Jelas Awie, adalah tidak munasabah untuk dua anaknya yang masih kecil iaitu Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Putri Qaseh Antasha, 6, yang berada bawah penjagaan Rozana untuk melayakkan mereka mendapat wang sebanyak itu.
”Umur baru 6 dan 8 tahun, berapa ringgit sangat dia nak pakai. Takkan sampai RM4,000?” soalnya.

Awie berkata, mahakmah seharusnya memikirkan kesusahannya mencari nafkah dalam situasi kegawatan ekonomi ketika ini.

"Kos RM4,000 tu kos karut,” tegasnya.

Seorang lagi anak hasil perkahwinan Awie dan Rozana ialah Putra Ahmad Merah, 9, yang kini tinggal bersama artis itu.

Tag : , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..