Punca Shaheizy Sam terperangkap 7 jam dalam pesawat

Pada: Ahad, 14 Ogos 2016
Baru-baru dikhabarkan Shaheizy Sam telah terbang ke Switzerland bagi menghadiri Festival Filem Locarno ke-69 yang turut menyaksikan filem lakonannya, Interchange ditayangkan. Di sebalik kegembiraan itu, Sam dikatakan berdepan situasi menakutkan apabila terperangkap didalam pesawat selama tujuh jam akibat insiden sebuah kapal terbang lain terbakar.

Berikutan kejadian itu, pesawat yang dinaiki oleh mereka terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai disamping kehilangan bagasi ketika tiba di Lapangan Terbang Locarno.
“Sam terpaksa menunggu bagasinya untuk beberapa hari dan terpaksa membeli pakaian baharu sementara mendapatkan begnya semula. Cabaran buat Sam, dia mendapatkan semula bagasi berkenaan kira-kira dua jam sebelum majlis berprestij itu bermula,” katanya kepada Berita Harian Online

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..