Punca Ayda Jebat jatuh sakit di New Zealand

Pada: Khamis, 4 Ogos 2016
Dikhabarkan yang Ayda Jebat ditimpa jatuh sakit ketika berada di New Zealand. Ayda berada disana untuk menjalani pengambaran filem berjudul Pinjamkan Hatiku

“Badan saya masih lemah serta kurang bermaya. Saya mengalami sakit tekak, batuk dan selsema sehingga menyebabkan hidung saya berdarah. Saya berada dalam keadaan tidak sihat semenjak sampai di New Zealand. Mungkin perkara ini terjadi dek kerana perubahan cuaca yang tidak sama dengan Malaysia. Cuaca di sini sangat sejuk berbanding di Malaysia.

“Keadaan saya masih lagi lemah. Saya berharap agar keadaan saya segera sembuh dan dapat meneruskan penggambaran filem ini, Insya-Allah.Biarpun mereka terkesan dengan perubahan cuaca mendadak, saya harus memuji kesungguhan pihak produksi yang berjaya mendapatkan lokasi yang menarik untuk penggambaran filem ini,” katanya kepada portal Astro Gempak.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..