Nurul Wahab diganggu lelaki gila seks...

Pada: Selasa, 16 Ogos 2016
Nourul Wahab Depp baru-baru ini menghubungi sebuah restoran makanan segera untuk membuat pesanan, malangnya pekerja tersebut menjawap panggilan dengan nada yang tidak mesra dan secara tidak sengaja juga Nourul terkeluar satu perkataan yang agak kasar.

Gara-gara terlepas perkataan kasar itu, maklumat peribadi penyanyi Nourul Wahab telah didedahkan kepada sebuah kumpulan lelaki gila seks oleh seorang pekerja restoran makanan segera tersebut.

Tindakan pekerja tersebut mengakibatkan dia menerima gangguan daripada beberapa individu dengan tujuan tidak baik termasuk menerima pelbagai ugutan.
"Selepas kira-kira 30 minit telefon saya mula dihubungi oleh orang yang gila seks dan mengajak saya ke hotel. Malah mereka juga menerima maklumat kononnya saya seorang janda,"

"Pihak restoran ada hubungi saya untuk minta maaf, saya juga mengaku bahawa keluar satu perkataan yang tidak sepatutnya sehingga mengakibatkan pekerja itu marah.

"Tapi tidak sepatutnya dia menyebarkan nombor dan maklumat peribadi saya kepada pihak lain sehingga menimbulkan ancaman keselamatan," katanya. ujarnya.
Nourul berkata, dia sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada malam Jumaat lalu.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..