Mira Filzah, Ben Ali bercinta?

Pada: Khamis, 4 Ogos 2016
Dengar gosip yang pelakon cantik, Mira Filzah ada hubungan dengan pelakon, Ben Ali. Namun bagi Mira, gosip ini tidak benar, dia dengan Ben hanya kawan biasa sahaja.

"Sebenarnya, kami rapat sebagai kawan. Ben menjadi individu penting memperkenalkan saya dalam industri lakonan sejak awal tahun lalu. Daripada situ, saya mula memberi kepercayaan kepada dia menguruskan kerjaya lakonan bersama Natrah sebagai pembantu peribadi.

"Sejak dulu lagi, Ben menjadi pakar rujuk dan memberi tunjuk ajar. Saya lebih banyak kawan rapat dalam kalangan lelaki. Ben adalah salah seorang daripada mereka.

"Mungkin saya lebih selesa berkawan dengan lelaki berbanding wanita,"

"Saya tidak rimas dan tertekan dengan usikan begitu. Saya percaya, selagi saya belum berpunya dan berkahwin, gosip dan usikan seumpama itu akan terus diperkatakan. Termasuklah dengan rakan gandingan saya dalam drama atau telefilem yang masih solo.

"Saya dan Ben misalnya, kami tahu setakat mana hubungan terjalin. Jadi, ia bukan tekanan besar," katanya menerusi BharianOnline

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..