Kisah pergaduhan Fasha Sandha, Nur Fazura dihuraikan..

Pada: Jumaat, 19 Ogos 2016
Sekeping gambar yang memaparkan dua pelakon hebat, Nur Fasha Sandha Hassan dan Nur Fazura Sharifuddin 'berselfie' yang dimuat naik Fasha di laman Instagram bersempena majlis pertunjukan fesyen koleksi terbaharu Rizman Ruzaini Creations sempena acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2016 (KLFW16), mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada yang memuji dan tidak kurang juga mempertikaikan hubungan antara mereka dengan mengungkit kembali cerita lama kononnya dua aktres jelita ini bersengketa. Kononnya juga, berikutan permusuhan itu, Fazura dan Fasha dikatakan 'panas' dan tidak boleh bertemu muka.

Justeru, apabila dua pelakon ini dilihat bergambar bersama, ramai yang terkejut dengan kemesraan ditunjukkan masing-masing.
"Saya dan Fasha sudah lama berkawan dan cerita kami bergaduh yang diungkit itu pun saya sudah dengar sejak berbelas tahun dulu. Kami tidak pernah ada masalah dan kerap juga keluar bersama-sama. Dia banyak menyokong saya dan baru-baru ini, dia turut membeli koleksi baju raya saya.

"Fasha juga akan hadir pada majlis pertunjukan fesyen saya nanti dengan menggayakan rekaan House Of Doll,"

"Saya kenal Fazura lebih 12 tahun, iaitu sejak zaman peragaan lagi. Sekarang kami sama-sama dalam industri dan sering berkongsi pandangan sebagai sahabat di dalam bidang yang kami ceburi ini. Apa yang orang cakap mengenai kami memang tak pernah berlaku sebenarnya," ujar Fazura kepada Bharian Online.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..