Johan letak harga tinggi untuk SuperSpontan?

Pada: Isnin, 1 Ogos 2016
Johan Raja Lawak menyangkal dakwaan kononnya dia mengenakan bayaran yang tinggi kepada pihak produksi Super Spontan Superstar sebelum bersetuju bertanding dalam program berkenaan.

Johan sebaliknya berkata, tidak timbul isu bayaran tambahan pula produksi yang menerbitkan program itu adalah milik rakan baiknya sendiri iaitu Afdlin Shauki.
"Sejujurnya sebelum bersetuju dalam sesuatu projek pasti akan perbincangan di antara kedua-dua belah pihak dan soal bayaran kebiasaannya mengikut tolak ansur.

"Seperti Super Spontan Superstar ia diterbitkan oleh rakan baik saya sendiri dan tidak munasabah jika saya kenakan bayaran tidak masuk akal seperti didakwa," katanya kepada mStar Online.
Super Spontan Superstar bakal bersiaran bermula 5 Ogos depan di saluran Astro Warna 132 dan Mustika HD 134 pada setiap hari Jumaat, 9 malam.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..