Isteri Shukri Yahaya selamat bersalin berjantina....

Pada: Khamis, 25 Ogos 2016
Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 12.22 tengah hari, Rabu.

Berita berkenaan disahkan sendiri oleh Shukri menerusi laman Instagram miliknya.
"Syukur Alhamdulillah, hari ini Rabu bertarikh 24 Ogos 2016 tepat pukul 12.22 tengah hari, isteri saya Tya Adnan selamat melahirkan cahaya mata sulung kami (perempuan).

"Terima kasih kepada yang mendoakan. Allahuakhbar," tulisnya.
Bagaimanapun Shukri tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kelahiran bayi pertamanya itu.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..