Ini ke kekasih baru Emma Maembong? pakai baju sedondon gituu..

Pada: Selasa, 16 Ogos 2016

Nazrief Nazri menegaskan dia tidak menyimpan sebarang perasaan cinta terhadap aktres Emma Maembong ataupun berhasrat menganggu hubungan wanita itu dengan aktor Kamal Adli.

"Saya baru sahaja kenal Emma sejak berlakon kami berlakon bersama dalam Nasi Minyak Kuah Cinta, sebelum ini kami hanya bertegur sapa dekat majlis hiburan sahaja.

"Saya akui memang serasi berlakon dengannya, namun tidak terfikir sampai ingin bercinta atau ambil kesempatan terhadap hubungan mereka. Bagaimanapun saya tidak nafikan dia seorang wanita yang cantik dan mudah mesra,"
Pelakon tersebut juga dilihat hadir ke majlis rumah terbuka baru-baru ini bersama-sama sambil mengayakan pakaian dengan warna sedondon.

"Sebenarnya sebelum ke rumah terbuka itu kami masih lagi menjalani penggambaran dan ke majlis tersebut secara berasingan. Emma dengan pembantu dia dan saya dengan pembantu peribadi saya.

"Sampai di majlis itu baru perasan baju kami agak sedondon dan ia secara kebetulan bukan dirancang. Jadi alang-alang kami berjalanlah sekali," ujarnya memetik portal mStarOnline.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..