Hidayah Awi Rafael dekati agama didedahkan..

Pada: Jumaat, 5 Ogos 2016
Awi Rafael pernah terlibat dengan kemalangan ngeri satu masa dulu yang hampir nak membunuh dirinya. Namun Allah telah memberikan umur panjang buat beliau untuk terus hidup.

Namun kini, Awi telah berubah, dan perubahan itu jelas kelihatan apabila dia kini dekat dengan agamaNya
“Nyawa saya pada ketika itu ibarat di hujung tanduk. Jarak kesan hentaman di belakang kepala saya hanya beberapa sentimeter sahaja dari kawasan yang boleh mengakibatkan maut. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah panjangkan usia untuk terus bernafas sehingga ke hari ini. Lantaran itu, saya tidak mahu berlengah lagi untuk terus mengejar duniawi.

“Tiba masanya untuk saya berbuat atau menyumbang sesuatu terhadap komuniti. Jadi, Euphoria adalah medium terbaik untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Apabila pulih sepenuhnya, tiada yang lain mampu difikirkan selain mencurah ilham yang hadir ketika itu, semuanya bersifat kerohanian,” katanya kepada Utusan Online

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..