Hafiz Hamidun buat kenyataan 'Suprise' buat semua wanita bujang..

Pada: Rabu, 10 Ogos 2016
Hafiz Hamidun mengakui kini dirinya tidak lagi mahu memilih mana-mana wanita yang datang untuk menambat hatinya. Dia tidak kisah yang datang itu lebih berusia atau berstatus janda.

“Saya mensasarkan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan, cuma dengan siapa belum tahu. Saya juga tiada masalah dengan wanita berusia mahupun janda jika merekalah jodoh saya kerana pemikiran wanita sebegini lebih matang. Faktor itu sangat penting memandangkan saya sentiasa sibuk dengan karier seni dan perniagaan dan mereka lebih berdikari”

“Saya seorang yang cepat teruja apabila berkongsi kisah peribadi walaupun menyedari perhubungan terjalin masih terlalu baru. Bagaimanapun apabila sering kali putus dalam percintaan saya kena lebih berjaga-jaga. Saya bukanlah lantang bercerita, cuma sekadar berkongsi apabila ditanya soal cinta,” katanya kepada Berita Harian Plus

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..