Awal akui tumpang rezeki Lara Lana

Pada: Rabu, 17 Ogos 2016
Awal Ashaari berkata, dia dan isteri, Scha Alyahya banyak menumpang rezeki anaknya iaitu Lara Lana (dua tahun), yang mempunyai lebih dua juta pengikut di Instagram.

Awal, 35, berkata, rezeki yang diterima anaknya itu tidak putus-putus apatahlagi selepas terlibat dalam program reality sendiri iatu Lara Oh Lara yang akan disiarkan pada 17 Ogos ini (9 malam di Astro Ria).

"Alhamdulillah, rezeki dia mencurah-curah dan kami pun menumpang sahaja.

Tapi saya hanya ambil yang bersesuaian dan tidak menganggu pembesaran dia seperti kanak-kanak lain," ujarnya kepada mStar Online.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..