Afdlin Shauki balas kenyataan Yusof Haslam. PANAS!

Pada: Rabu, 10 Ogos 2016
Pengarah popular, Yusof Haslam telah membidas perbuatan Afdlin itu dan mengatakan Afdlin tak mahu memperkasakan Bahasa Melayu.

Kini Afdlin tampil membalas kenyataan dari Yusof Haslam.

DIPETIK DARI FACEBOOK AFDLIN SHAUKI:


Assalammualaikum, sedikit pencerahan dari saya. Mula-mula sekali saya nak memperjelaskan yg saya tak pernah memanggil mana-mana individu di dalam PFM itu racis. Malahan saya kenal ramai dari mereka dan mengakui mereka adalah orang baik-baik belaka dan amat berjiwa patriotik.

Apa yg saya tidak berpuas hati adalah dengan segregasi kategori yg mengasingkan filem berbahasa Malaysia dan tidak berbahasa Malaysia.

Datuk Yusof Haslam dalam komennya di Malay Mail menyuruh saya menghormati identiti kebangsaan dalam isu FFM ini. Adakah subtext beliau sebenarnya adalah bermaksud 'Afdlin ni tak nak memperkasakan Bahasa Kebangsaan Kita?' Saya ni org melayu johor. Semua filem saya yang saya buat adalah di dalam bahasa Malaysia. kecuali Appalam iaitu filem papadom dalam versi bahasa tamil.

Saya buat program tv semua dalam bahasa Malaysia, sama macam datuk yusof (tapi tak sehebat beliau). Saya pergi ke mana mana misi kemanusiaan membawa nama Malaysia. Saya di jemput untuk menjadi Juri filem festival Asia Pacific atas tiket mewakili Malaysia. Malahan Ke mana saja saya pergi dalam persembahan komedi saya di merata dunia, saya bawa nama Malaysia. So mintak maaf Datuk Yusof, saya hormat datuk sebagai senior saya dalam industry dan seorang pembikin filem yg cukup hebat, tapi Datuk cakap saya tak hormat identiti kebangsaan, memang tak patutlah Datuk. Jangan ingat suara datuk macam polis, datuk boleh cakap macam tu kat saya.

Tapi takpe datuk, saya maafkan Datuk.

Saya sayangkan Malaysia Datuk sebab itu saya bersuara.

Siapa terajui PFM sekarang? Kebanyakan dari komiti penerbit filem Malaysia berasal dari era romantis perfileman melayu yg hanya di dominasi pembikin filem melayu. Ya betul, tak di nafikan dulu industri filem ni adalah industri org melayu. Walaupun tetuannya adalah orang cina dan orang india. Tetapi pada suatu ketika ianya menjadi industri orang melayu dan kerajaan banyak menyokong agenda ini. Pada ketika itu, majoritinya orang melayulah yg menonton, jadi bersesuaianlah jika filem festivalnya pada ketika itu hanya ada kategori yg sebelum ini. Ini adalah kerana tak pernah ada audiens untuk filem-filem malaysia berbahasa lain. Jadi tak perlu ambil kisah tentang Kategori pencalonan di masuki oleh filem bukan berbahasa Malaysia. Tapi sekarang negara dah ada pusat pusat pengajian tinggi yg mengajar media dan broadcasting bagai dan sekarang lebih ramai rakyat Malaysia yg meminati bidang seni dan seni filem, jadi sekarang, kita ada tambahan karyawan dari bangsa lain yg memasuki industri. Filem Malaysia berbahasa cina pun boleh berbelasan juta kutipannya. Apa yg saya nak cakap adalah, dulu telefon semua ada wayar, sekarang kita ada telefon mudah alih. Semua benda berubah, jadi FFM juga kena berubah. Industri ini sekarang dah menjadi lebih besar, Pasal pembikin filem-pembikin filem ini walaupun dari bangsa bukan melayu dan buat filem dalam bahasa ibunda mereka atau bukan bahasa Malaysia, mereka adalah rakyat Malaysia yg berhak untuk merasa yg festival filem Malaysia adalah festival mereka juga.

Ada yg berkata akan berkuburlah bahasa Malaysia kalau kita benarkan filem bahasa lain masuk! Kenapa kita rasa insecure sangat? Adakah semua pembikin filem hebat Malaysia yg membuat filem di dalam bahasa Malaysia akan berhenti buat filem selepas ni? Dan bila komuniti perfileman kita menjadi lebih besar, mungkin lebih ramai pembikin filem bukan berbahasa malaysia akan menjadikan agenda filem berbahasa kebangsaan ini sesuatu yg mereka juga pentingkan. Logiknya, When you feel loved, you will do anything for the people who love you. Saya akan tetap buat filem bahasa Malaysia pasal itu kekuatan saya. So saya rasa tak perlu risau kut.

Malaysia ni unik tuan-tuan dan puan puan, sebab itu kita tak boleh samakan dengan industri filem luar negara. Mereka semua majoriti bercakap satu bahasa.

Kalau kita nak buat filem festival hanya untuk bahasa Malaysia, dari akar umbi lagi kita dah kena ada sekolah berbahasa Malaysia sahaja. Tapi kita masih ada sekolah kebangsaan cina, sekolah tamil, international school dan walaupun pelajar mesti belajar bahasa Malaysia, enforcement kita tetuan sendiri tahulah. Sekarang ni majoriti orang cina tak tengok cerita melayu, mereka akan tengok cerita berbahasa cina. Majoriti orang india akan tengok cerita berbahasa tamil.

Tapi sorry, saya kena UP kan bangsa saya sendiri, kebanyakan orang melayu akan menonton cerita berbahasa melayu, cina , tamil, hindi dan inggeris. Baik hati org melayu ni. Kita berkongsi penonton filem melayu dgn filem dalam semua bahasa tetapi tidak sebaliknya. Yang paling saya menyampah adalah, ada juga org melayu yg tergolong dalam golongan ' i don't watch malay movies'( itu takde kena mengena dgn topik, tapi saja nak layan sakit hati.. Sorry)
So penyelesaiannya adalah?, work with what we have!, a country with such diversity and colours yg kita kenali sebagai Malaysia, must have a unified industry. Jangan di kenang benda yg sudah lalu... Apa yg ada di depan mata kita, itulah yg kita gunakan untuk memacu kehidupan kita. Celebrate our diversity.

Banyak benda kita boleh belajar dari sahabat-sahabat kita dan mereka juga boleh berkongsi pengetahuan kita. Yang paling penting adalah, we can be unique! Kita boleh menjadi negara pertama di dunia yg festival filemnya mengangkat semua filem karyawannya tak kira bangsa dan bahasa, hanya kerana mereka rakyat malaysia. Bunyi pelik? Tapi kalau dah jadi, tak pelik sangat pulak rasanya. Dan satu hari nanti, mungkin kita semua boleh berkongsi gembira bila sebuah filem malaysia berbahasa tamil memenangi best filem di festival antarabangsa cannes! kerana itu ... filem kita. Filem Malaysia.

Tapi, kalau saya yg menang dulu di Cannes, ianya adalah dengan filem saya yg di dalam Bahasa Malaysialah!.... pasal SAYA HORMAT IDENTITI KEBANGSAAN SAYA.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..