Setahun berkahwin, rumahtangga Isey Fazlisham bergolak!

Pada: Selasa, 19 Julai 2016

Pengacara dan pelawak Isey Fazlisham menjelaskan dia dan isterinya Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid, 24, masih lagi pasangan suami isteri.

Bagaimanapun, Isey mengakui rumahtangga yang dibina kira-kira setahun empat bulan kini berhadapan dengan masalah.

"Kami masih lagi suami isteri, cuma buat masa sekarang kami tinggal berasingan dan dia sekarang berada di Kelantan kerana menguruskan perniagaannya.

"Namun, saya akui memang hubungan kami ada masalah sedikit dan buat masa ini kami ingin mengambil masa untuk diri sendiri buat sementara waktu," ujarnya

Pengacara Mentor Milenia itu juga dikatakan tidak lagi memuat naik gambar bersama seperti sebelum ini dan hanya meraikan Aidilfitri bersama keluarga tanpa kehadiran isterinya.

Namun, anggota kumpulan Titan ini, enggan mengulas lanjut punca sebenar hubungan tersebut bermasalah.

Tambahnya, buat masa ini kedua-dua mereka dalam tempoh untuk muhasabah diri dan sedang memperbaiki hubungan tersebut.

"Kami perlu masa dan mencari kelemahan serta dalam usaha untuk memperbaiki hubungan ini. Saya harap semua mendoakan yang terbaik buat kami," ujarnya.

Pasangan ini diijab kabul di kediaman pengantin perempuan di Kampung Bakat, Machang, Kelantan pada 19 Mac 2015 setelah sembilan bulan berkenalan di laman sosial Instagram. -mStar Online.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..