Reaksi ibu Amyra Rosli mengenai Amar Baharin

Pada: Jumaat, 22 Julai 2016

16 Julai lalu, pengumuman dari dua pelakon, Amar Baharin, dan Amyra Rosli mengenai perkahwinan mereka telah membuatkan ibu kepada Amyra, Noor Zaridah berasa senang hati dengan pilihan Amyra.

Syukur dan gembira itulah yang terpancar pada wajah seorang ibu kepada pelakon Amyra iaitu Noor Zaridah Ahmad atau lebih mesra disapa dengan nama Kak Noor yang juga merupakan pengurus kedua-dua pelakon tersebut.

Dalam pada itu, Kak Noor menjelaskan, selepas setahun menguruskan kerjaya seni Amar, dia sendiri tidak menyangka bahawa lelaki itu akhirnya bakal menjadi sebahagian dalam hidup keluarganya.

Mengulas lanjut, Kak Noor juga memuji Amar seorang yang sangat komited dengan kerjaya seninya, bukan itu sahaja bahkan seorang anak muda yang menyenangkan hati. -Berita Harian

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..