Punca Nabil Ahmad beraya sederhana tahun ini..

Pada: Isnin, 4 Julai 2016
Nabil Ahmad memberitahu sambutan Aidilfitri pada tahun ini hanya akan disambut secara sederhana kerana kesihatan ibunya tidak mengizinkan.

Nabil berkata, sejak beberapa bulan lalu ibunya disahkan menghidap penyakit buah pinggan yang memerlukannya menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

"Tahun ini kami sekeluarga sambut sederhana sahaja kerana kesihatan ibu saya pun tidak berapa baik ketika ini.

"Tumpuan kami akan lebih kepada keperluannya selain memastikan dia menjalani rawatan dialisis pada waktu ditetapkan," katanya kepada mStar Online.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..