Keadaan terkini Zulkifli Zain, Normala Omar

Pada: Khamis, 28 Julai 2016
Pasangan suami isteri pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain, 70, dan Datin Normala Omar, 58, kini berkerusi roda dan bergantung harap pada anak untuk bergerak.

Zulkifli diserang penyakit angin ahmar, Januari lalu, menyebabkannya lumpuh tangan serta kaki kiri. Beliau juga menderita penyakit paru-paru berair dan April lalu, pelakon terbabit sekali lagi mendapat serangan jantung.

Kehidupannya semakin rumit apabila Normala pula patah kaki kiri kerana terjauh dari katil, bulan lalu. Masih memerlukan rawatan susulan, kedua-duanya kini tinggal di rumah anak perempuan mereka, Norzizi Zulkifli.

Norzizi berkata, beliau baharu saja menamatkan pengajian selama tiga tahun di Australia apabila dimaklumkan mengenai penyakit dialami bapanya.

"Kedua-duanya memerlukan anak di sisi kerana mereka langsung tidak boleh berjalan. Mereka juga masih menjalani rawatan susulan, termasuk fisioterapi.

"Jadi, walaupun bekerja, kami adik-beradik akan tetap menjaga mereka berdua. Kami juga mempunyai jadual giliran memandangkan tahap kesihatan mereka tidak menentu," kata Norzizi memetik portal Bharian

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..