Isteri ke-2 Adi Putra ditahan Polis kes sindiket penyeludupan manusia?

Pada: Ahad, 31 Julai 2016

Umum mengetahui bahawa isteri kedua pelakon Adi Putra iaitu Nor Shahida berkhidmat dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

Meskipun isu rumah tangga Shahida dan Adi belum lagi reda, timbul pula satu berita yang agak memeranjatkan apabila ada pihak memberitahu Shahida ditahan pihak polis di pejabatnya kira-kita jam 4.30 petang Selasa didalam sebuah operasi khas.

Penangkapan itu dilakukan oleh Polis DiRaja Malaysia bagi menyiasat kes sindiket penyeledupan warga asing ke negara ini.


Menurut portal Astro Gempak, ada antara kumpulan pegawai imigresen itu menjadi orang tengah dalam pemalsuan dokumen dan menguruskan kemasukan warga asing ke Malaysia.

Siasatan awal mendapati, seorang suspek wanita disyaki bekerjasama dengan penyeludupan manusia masuk utama negara dengan bantuan beberapa pegawai lain.

Dipercayai wanita berkenaan berhubung secara terus dengan sindiket haram tersebut dan menerima habuan yang agak lumayan.

Berita ini sudah menjadi viral dan Adi buat masa ini enggan mengulas perkembangan terkini kes berkenaan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.
"Saya tidak begitu pasti (butiran siasatan) tetapi biarkan pihak berkuasa menjalankan dulu kerja mereka. Apapun, saya akan maklumkan kemudian."-Kata Adi. Sumber Astro Gempak dan BH ONLINE

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..