Inikah penyanyi yang menjadi punca Zamarul, Diana bercerai?

Pada: Ahad, 3 Julai 2016
Penyanyi dan pelakon 1980-an iaitu Oja mengambil masa lebih setahun ‘menyembunyikan’ diri selepas dikatakan menjadi punca terhadap perceraian pelakon Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.

Oja atau nama sebenarnya Daninas Huza Daud, 37, berkata, tuduhan itu membuatkan dia menjadi trauma kerana peristiwa itu melibatkan rumah tangga seseorang.

"Secara peribadi saya anggap isu itu sudah selesai tetapi sebenarnya saya mengambil masa setahun untuk berdiam diri agar ia tidak berpanjangan.

"Tuduhan itu sama sekali tidak benar seperti mana dilemparkan kepada saya,” katanya kepada mStar Online.
Terdahulu Zamarul Hisyam, 45, dan Diana Rafar 34, mengejutkan orang ramai apabila mereka bercerai talak satu pada 14 Januari 2015 selepas enam tahun berumah tangga.

Bagaimanapun pasangan berkenaan rujuk semula kira-kira sebulan selepas cerai.

Oja bersama isteri terbaharunya bagi perkahwinan ketiga.

Oja dikenali sekitar tahun 90-an menerusi drama Balada Anak Jalanan selain turut menerbitkan sebuah album berjudul Anak Jalanan.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..