Erra Fazira jawab bakal bertunang dengan Shahir selepas Raya!

Pada: Ahad, 3 Julai 2016
Akui Erra Fazira, yang dia dengan Shahir Ahmad memang rapat sejak dahulu lagi. Namun kerapatan mereka itu bukanlah satu jawapan teka teki dimana mereka akan menamatkannya dengan ikatan yang sah, lebih-lebih lagi desas desus mengenai pertunangan mereka yang akan berlangsung selepas AidilFitri nanti.

“Kami bukannya rapat dalam masa sebulan dua. Ia berkembang sedikit demi sedikit, bermula dengan mengenal hati budi masing-masing dan mencari keserasian. Menjadi lumrah, tiada sesuatu yang pun yang bergerak lancar dalam hubungan. Rintangan pasti ada kerana ia juga sebahagian daripada proses menyesuaikan diri”

“Memang tiada perkembangan lanjut seperti yang diperkatakan ramai. Apatah lagi kemungkinan itu dan ini. Selagi ia tidak membabitkan orang tua kami, maka apa sahaja termasuk perbincangan ke arah itu boleh dikategorikan sebagai angan-angan sahaja,” katanya kepada Berita Harian Online

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..