Datuk Red mohon maaf, akui Adira sudah hamil

Pada: Isnin, 25 Julai 2016
Kini Datuk Seri Adnan Abu tampil mendakwa isteri keduanya, Adira telah membuat ujian kehamilan di rumah dan mendapati keputusan yang ditunjukkan adalah positif.

“Adira membuat ujian kehamilan dirumah menggunakan kit kehamilan, didapati Adira mengandung. Cuma saya belum membawanya berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai keadaan Adira selepas kontroversi beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Ruhainies terdedah.

Melihat kepada kronologi kenyataan Datuk Red, ramai yang mengatakan beliau seperti berdolak dalik, dimana pada awalnya beliau akui sukakan Ruhainies dan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil wanita itu menjadi calon isteri ketiga. Namun dalam kenyataan lain, beliau nyatakan Ruhainies tidak menepati ciri wanita muslimah yang diinginkannya.

Sementara itu, apabila ditanyakan mengenai perkara itu, Dato Red memohon maaf jika beliau dilihat bertindak memutar belitkan kenyataan kepada media.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..