Catriona Ross dedah kenapa 2 tahun menyepi tidak berlakon

Pada: Rabu, 27 Julai 2016
Tumpuan terhadap keluarga membuatkan aktres, Catriona Ross, terpaksa melepaskan tawaran lakonan sejak dua tahun lalu hingga ada yang menganggapnya sudah bersara.

Hakikatnya, ibu kepada tiga cahaya mata itu (Sephia Rania, 6; Jammal Raess, 4 dan Edruce Riyadh, 1) masih merindui dunia lakonan, malah menegaskan berhijab bukan penghalang untuk terus bergelar pelakon seperti diperkatakan segelintir pihak. Kata pemilik nama penuh Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 36, cinta terhadap dunia seni tidak pernah terhakis, sekali gus membuatkannya mahu serius semula tahun ini.
"Hampir dua tahun tidak berlakon disebabkan saya membesarkan anak. Kebetulan ketika itu pembantu rumah juga sudah tamat kontrak, jadi saya ambil keputusan menguruskan keluarga sepenuhnya hingga tidak dapat memenuhi tawaran berlakon. Kalau ada pun, bawa watak sampingan.

"Kini, suami memberi lampu hijau selain sedia menjaga anak kami jika saya keluar berlakon. Lagi pun, kami dalam proses mencari pengasuh baharu," katanya kepada Bharian.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..