Awie nikah 3 Syawal ini? ini komen Awie..

Pada: Selasa, 5 Julai 2016
Awie menafikan desas-desus bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya pada hari raya ketiga seperti didakwa sesetengah pihak.

Awie berkata berita gembira itu pasti dikongsi dengan media dan orang ramai sekiranya tarikh pernikahan sudah ditetapkan.

"Susah senang saya bersama dengan rakan media. Sudah tentu saya akan memaklumkan semua andai kami sudah dapat tarikh. Mereka inilah yang bersama ketika saya berhadapan kemelut rumah tangga. Semestinya berita gembira juga ingin saya kongsi dengan mereka.

"Maknanya tidak benar kami merancang mengadakan majlis perkahwinan pada Syawal ketiga nanti kerana sudah pasti sekarang ini saya sibuk membuat persiapan," katanya kepada BH Online.

Terdahulu, pada 3 Jun lalu vokalis Wings itu melangsungkan pertunangan dengan seorang wanita bernama Sharifah Ladyana di Hotel Vistana, Pulau Pinang yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat. Berita pertunangannya menjadi viral di laman sosial selepas foto dua anak gadis penyanyi terbabit, Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha bersama Ladyana tersebar.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..